Tuesday, 14 November 2017

ulasan cerpen sebatang pen


Sebatang Pen

A Rahman CM

Terlebih dahulu ingin saya memberikan sedikit info tentang diri penulis. Nama sebenar beliau ialah Abd Rahman Che Mat. Beliau mula menulis pada awal 1960-an dan terlibat dalam penulisan genre cerpen, sajak, drama, skrip TV, skrip filem, rencana serta novel. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia lewat puisinya, sebuah pinis. Beliau juga pernah memenangi hadiah peraduan menulis skrip drama TV anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2003/2004. Cerpennya, Che Soleh Rial yang disiarkan dalam Berita Minggu pada 21 Januari 2007 menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007 untuk Kategori Eceran Genre Cerpen.

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang lelaki tua yang bernama Napi yang ingin menunaikan fardu haji. Tetapi, sebelum dia menunaikan haji dia mesti membersihkan dirinya dahulu daripada dosa lampau yang merangkumi perkara yang membabitkan dirinya dengan Allah dan juga dirinya dengan manusia. Disaat dia memikirkan akan dosanya, dia terpandang sebatang pen yang terletak rapi diatas mejanya. Sebatang pen itu telah mengingatkan dia akan dosa lampaunya yang telah mencuri pen itu daripada kedai Pak Abu dikampungnya sewaktu dia dalam darjah lima. Dia terpaksa mencuri pen itu kerana dia berasa malu dengan rakan-rakan sekolahnya yang lain kerana meraka semua telah mengunakan pen, tetapi dia masih menggunakan pensil untuk menulis. Dia juga sudah banyak kali meminta ibunya untuk dibelikan sebatang pen, namun ibunya tidak mengendahkan permintaannya disebabkan faktor kesempitan hidup. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk mencuri sebatang pen daripada kedai Pak Abu. Pen yang dicurinya dijaga dengan rapi sekali. Pen itu jugalah yang banyak mambantu dirinya untuk berjaya. Dia ingat akan jasa pen itu yang membuatkan dia lulus dalam semua peperiksaan. Pen itu juga membawanya ke meja kerjanya sebagai PTD. Jasa pen itu membolehkannya menerima gaji ribuan ringgit tiap-tiap bulan. Jasa pen itu yang membolehkan mengumpulkan wang hingga mampu menghantarkan ibunya ke tanah suci Makkah dan ibunya meninggal ketika wukuf di Arafah. Setelah lama dia memikirkan akan dosa lampaunya itu, dia membuat keputsan untuk berjumpa Pak Abu dan memohon maaf akan dosanya. Dia membelikan sebatang pen Parker kepada Pak Abu sebagai tanda memohon maaf. Pak Abu memaafkan semua kesalahan Napi yang dianggap salah kepadanya.

Kesimpulannya, kita hendaklah memohon kemaafan kepada semua orang yang telah kita lakukan kesalahan tidak kira kesalahan kecil ataupun besar, kesalahan kini mahupun lampau. Keredhaan hidup kita bergantung kepada kemaafan semua orang. Jika inginkan kehidupan yang tenang, kita mestilah sentiasa menjaga hati dan perasaan orang agar tidak terguris dengan percakapan dan perilaku kita.

Sekian sahaja huraian saya mengenai Cerpen Sebatang Pen. Harap bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

LAGU KANAK-KANAK MELAYU KLASIK : AIR PASANG DALAM

LAGU KANAK-KANAK MELAYU KLASIK : AIR PASANG DALAM   Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej berserta aksi atau pergerak...