Tuesday, 14 November 2017







ULASAN CERPEN "KIMCHI" (ANTOLOGI CERPEN MAHASISWA)


PENULIS: AHMAD BIN ABDUL

Buku "Kimchi" mengandungi sebanyak 30 cerpen terbaik yang dihasilkan oleh mahasiswa dari pelbagai universiti namun saya tertarik untuk memilih salah satu cerpen iaitu "Kimchi" iaitu sama juga dengan tajuk buku itu sendiri. Cerpen ini juga merupakan hasil nukilan Ahmad bin Abdul iaitu bekas pemenang Sayembara Menulis Cerpen 2016 anjuran Universiti Malaya (UM) dan Gallery Book Store (GBS). Beliau dahulu merupakan penuntut di sebuah Universiti Kebangsaan Chonnam Korea Selatan. Cerpen ini mengisahkan tentang kegigihan seorang pemuda yang ingin belajar cara membuat kimchi dengan betul daripada perempuan tua yang selalu datang ke kedainya untuk menarik perhatian pelanggannya. Apa yang saya lihat dalam cerpen tersebut, beliau banyak menyentuh cara pembuatan kimchi dan menu tradisi masyarakat korea seperti nasi goreng kimchi, bibimbab, donkatsu dan sebagainya. Penulis juga menggunakan perkataan-perkataan korea seperti annyeonghaseyo dalam cerpen beliau.

Sebagai pembaca, saya mandapati cerpen beliau telah mengetengahkan tentang adat resam dan budaya sesebuah negara mampu mengubah perspektif masyarakat. Adat resam dalam cerpen tersebut ialah masyarakat Korea Selatan akan minum air beralkohol yang dipanggil soju sebagai tanda penghargaan atau ucapan terima kasih . Seterusnya, cerpen ini juga memberi kesedaran bahawa golongan muda seharusnya menjaga tingkah laku dan adab yang sopan apabila berhadapan dengan orang yang lebih berusia agar mereka tidak terguris dengan perbuatan kita. Apa yang saya dapati juga, cerpen ini memaparkan golongan muda seharusnya tidak merungut untuk mendalami ilmu. Cerpen ini mengangkat masyarakat korea selatan sememangnya masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan.Masyarakat Korea Selatan juga bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan  Ini membuatkan saya sebagai pengkaji berasa tertarik dan mudah difahami hasil penceritaan beliau.Kesimpulannya, cerpen ini merupakan pembacaan umum dan tidak tertumpu kepada sesiapa. Dengan erti kata lain, cerpen ini sesuai untuk semua golongan tidak kira mengenal usia. Apabila kita membaca cerpen "kimchi" kita akan menghayati budaya masyarakat korea selatan itu sendiri.

Disediakan oleh: ALIA



2 comments:

  1. Wah! Ini sebuah karya yang hebat. Teringin nak baca cerpen ni

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...boleh saja jalan cerita bagus 👍👍 anda pasti mahukan lagi

    ReplyDelete

LAGU KANAK-KANAK MELAYU KLASIK : AIR PASANG DALAM

LAGU KANAK-KANAK MELAYU KLASIK : AIR PASANG DALAM   Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej berserta aksi atau pergerak...