Monday, 13 November 2017


 KAPAL PERANG KARYA MOHD
ALI SALIM


KAPAL PERANG KARYA MOHD ALI SALIM ini mengandungi sebanyak 12 buah cerpen cerita rakyat yang telah berjaya menarik perhatian pembaca seperti saya. Hal ini demikian kerana buku ini telah mengubah cerita rakyat yang asal serta memberi nafas yang baharu kepada cerita rakyat yang sering kita dengar. Contohnya pada cerpen yang pertama penulis menceritakan tentang Si Kunani, Gelanggang Rakyat. 

Umum mengetahui bahawa cerita tersebut berkaitan dengan cerita Pak Kaduk yang bodoh kerana tamak terus menukarkan  ayamnya Si Kunani dengan ayam milik raja dan akhinya ayam milik raja tersebut kalah. Tetapi didalam buku ini penulis menceritakan kisah yang sebaliknya, iaitu Pak Kaduk bersetuju untuk menukarkan ayamnya dengan raja kerana ianya ingin menjaga maruah raja agar rajanya tidak malu kepada rakyat jelata kerana kalah. Kisah yang diceritakan ini amat bersesuaian dengan masyarakat melayu dahulu kala yang sangat mengagungkan raja.

Cerpen ini bukan sahaja dapat memberi nafas baharu tetapi juga dapat membuatkan kita berfikir dengan lebih jauh tentang sesuatu kisah atau cerita rakyat yang telah diturunkan dari generasi ke generasi yang seterusnya sama ada kisah tersebut benar atau sebaliknya seperti yang terdapat di dalam cerpen ini.

Disediakan oleh: Salyna

7 comments:

  1. Posting yang sangat berguna kerana sebelum ini saya hanya tahu 'kebodohan' Pak Kaduk menggadaikan ayamnya , tetapi ada ada sebab disebaliknya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih kerana memberi sokongan.... : )

      Delete
  2. wow, sangat cerah lagi jelas penerangannya. saya faham 😀

    ReplyDelete
  3. Wow lebih mendalam penerangannya, terima kasih saya dah paham dengan lebih jelas sekarang☺

    ReplyDelete
  4. Saya tertarik untuk membaca hasil karya daripada Mohd Ali Salim selepas membaca pandangan saudari tentang buku ni.Next time,buat jugak pasal buku lain ya!Senang utk pembaca seperti saya yg mmg cari rujukan online sebelum purchase buku trsbut kat psrn.Tq and keep updating.

    ReplyDelete
  5. Saya bukan peminat karya sastera namun karya kapal perang ini menimbulkan minat saya terhadap karya tersebut. Pemberian nafas baru kepada cerita rakyat dapat menarik minat generasi baru tentang karya lama dan juga membuka perspektif mereka tentang cerita rakyat daripada perspektif baru.

    ReplyDelete

LAGU KANAK-KANAK MELAYU KLASIK : AIR PASANG DALAM

LAGU KANAK-KANAK MELAYU KLASIK : AIR PASANG DALAM   Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej berserta aksi atau pergerak...