SAJAK : USMAN AWANG - GURU OH GURU (1979)
Berdasarkan sajak Usman Awang (1979) "Guru
Oh Guru" ia berkisarkan tentang kerjaya seorang guru yakni untuk
melahirkan seorang pendidik yang berjaya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keeempat
guru membawa maksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh.
Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru ialah seorang pendidik itu perlulah
memiliki ilmu tentang matapelajaran atau perkara yang diajar tersebut. Hal ini
bermakna, seseorang pendidik itu perlu mengetahui fakta, konsep dan kemahiran
yang berkaitan dengan matapelajaran yang diajar.
Disini saya telah memilih rangkap keempat sebagai
contoh dan bukti bahawa betapa besarnya pengorbanan seorang pendidik terhadap
anak bangsanya. Rangkap keempat menyatakan bahawa tidak wujud seorang pemimpin
yakni Perdana Menteri jikan bukan kerna guru. Jika bukan kerna tunjuk ajar
seorang guru tidak wujudlah seorang Raja yang mampu memimpin negara bahkan guru
in juga mampu melahirkan seorang Presiden, ahli Ulama' serta seorang peguan
yang mampu mengadili dan menegakkan keadilan.
Tugas sebagai seorang pendidik bukanlah mudah,
tetapi bagi melahirkan anak bangsa yang berjaya maka kita boleh lihat disini
betapa besarnya pengorbanan mereka. Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila
kita berada disekolah mahupun institusi pendidikan yang lain.
Disini saya ingin memetik kata-kata Za'ba iaitu
".....sebaik-baik iman itu ialah orang yang mengalirkan manfaat
daripadanya kepada manusia" kata-kata ini dipetik daripada buku beliau
iaitu Al-Ikhwan, 16.1.1927. Hal ini dapat meningkatkan martabat sesebuah negara
dan sesebuah negara itu akan dipandang tinggi oleh negara lain. Di samping itu,
para pelajar juga akan mempunyai pengetahuan yang tinggi dan dapat digunakan
dalam kehidupan seharian kelak.
-disediakan oleh: elisya-
No comments:
Post a Comment