Monday, 27 November 2017

LAGU KANAK-KANAK MELAYU KLASIK : AIR PASANG DALAM


LAGU KANAK-KANAK MELAYU KLASIK : AIR PASANG DALAM

 


Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej berserta aksi atau pergerakan kreatif, yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukan sahsiah generasi kita sejak turun-temurun. Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia adalah asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan serta alam sekeliling melalui seni, muzik, pergerakan dan kreativiti. Lagu kanak-kanak Melayu seperti Buai Laju-Laju, Rasa Sayang, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam, Enjit-Enjit Semut, Lompat Si Katak Lompat dan Tebang Tebu. Oleh itu, Kumpulan kami memilih lagu Air Pasang Dalam kerana ia membawa mesej positif iaitu mencintai keindahan alam dan hormat-menghormati sesama masyarakat iaitu maksudnya kita janganlah memperlekehkan kelemahan orang lain. Lagu ini juga banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk meningkatkan potensi otak kanan dan kiri. Aksi lagu ini juga dimainkan dua berkumpulan. Tidak lupa  juga dalam blog ini, kami sertakan muzik video dengan menggunakan kaedah "STOP MOTION" dan "VIVA VIDEO" untuk menyuntik elemen teks, grafik, warna dan audio serta menggunakan kreativiti tersendiri.



Lirik Air Pasang Dalam - Lagu Kanak-Kanak

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.



Monday, 20 November 2017

E-SAJAK





 SAJAK : USMAN AWANG - GURU OH GURU (1979)

Berdasarkan sajak Usman Awang (1979) "Guru Oh Guru" ia berkisarkan tentang kerjaya seorang guru yakni untuk melahirkan seorang pendidik yang berjaya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keeempat guru membawa maksud orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru ialah seorang pendidik itu perlulah memiliki ilmu tentang matapelajaran atau perkara yang diajar tersebut. Hal ini bermakna, seseorang pendidik itu perlu mengetahui fakta, konsep dan kemahiran yang berkaitan dengan matapelajaran yang diajar.



Disini saya telah memilih rangkap keempat sebagai contoh dan bukti bahawa betapa besarnya pengorbanan seorang pendidik terhadap anak bangsanya. Rangkap keempat menyatakan bahawa tidak wujud seorang pemimpin yakni Perdana Menteri jikan bukan kerna guru. Jika bukan kerna tunjuk ajar seorang guru tidak wujudlah seorang Raja yang mampu memimpin negara bahkan guru in juga mampu melahirkan seorang Presiden, ahli Ulama' serta seorang peguan yang mampu mengadili dan menegakkan keadilan.



Tugas sebagai seorang pendidik bukanlah mudah, tetapi bagi melahirkan anak bangsa yang berjaya maka kita boleh lihat disini betapa besarnya pengorbanan mereka. Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila kita berada disekolah mahupun institusi pendidikan yang lain.



Disini saya ingin memetik kata-kata Za'ba iaitu ".....sebaik-baik iman itu ialah orang yang mengalirkan manfaat daripadanya kepada manusia" kata-kata ini dipetik daripada buku beliau iaitu Al-Ikhwan, 16.1.1927. Hal ini dapat meningkatkan martabat sesebuah negara dan sesebuah negara itu akan dipandang tinggi oleh negara lain. Di samping itu, para pelajar juga akan mempunyai pengetahuan yang tinggi dan dapat digunakan dalam kehidupan seharian kelak.





-disediakan oleh: elisya-

LAGU KANAK-KANAK MELAYU KLASIK : AIR PASANG DALAM

LAGU KANAK-KANAK MELAYU KLASIK : AIR PASANG DALAM   Lagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej berserta aksi atau pergerak...